lawa gak kombinasi warna ungu dengan biru..ni model 3000..ah meng dari cybercafe neo yang punya..owner kipas cooling laptop yang warna warni tu..hahahaa..mod yang di sempurnakan ialah seperti speaker with amp.led ungu dan biru spund reactive siap dengan suis..ada lagi pic psp lain tapi masih belum siap sebab suis susah nak dapat..housing phat transparent yang aku order takde lagi stok..
aku dah mula busy kat kedai..sekarang ni tengah uruskan nak bukak cybercafe kat politeknik sultan idris shah untuk didi..kalau semua urusan mudah,bulan 7 atau 8 ni bukak ar kedainya..sebab tu dah kurang buat psp..aku ada dapat offer kerja jadi technician repair kat kedai game kat damansara..tapi aku tak pasti nak pegi ke tak..ni memang peluang baik..tapi hati berbelah bahagi..rasa nak pegi tapi kesian lak kat kedai hp yang aku kerja ni..dah 3 taun aku merepair phone..ikutkan hati memang nak kerja luar..tapi banyak pulak halangan..tapi semua ni aku akan fikirkan selepas cc didi siap nanti..perjalanan aku masih jauh tapi didi lagi jauh :)
aku tengah kumpulkan barang2 untuk mod psp phat baru aku..dualshock mod..guna connector iphone agar lagi kemas..siap dengan triple memory stick connector..
kenapa dua je sedangkan aku cakap triple kan tadi..sebab lagi 1 ialah yang ori..ni lagi dua just tambahan untuk wat internal 32gb..kalau solder direct memorycard nya,nanti kalau brick susah nak pandora..so aku mod pakai tapak memory stick sony ericsson k750i untuk mod ni pastu sorok dalam umd..so kalau brick aku boleh keluarkan memory stick internal kemudian pakai magic memory stick untuk pandora..
No comments:
Post a Comment