Wednesday, December 22, 2010

repairing week


salam dan selamat malam.minggu ni betul2 busy dengan repair..ni antara yang sempat aku snap..ni mobo 3000 terbakar..berpunca dari owner wat charger direct..aku pon tak faham ape yang dia maksudkan charger direct..tapi ni la hasilnya..terbakar dan tak boleh diperbaiki..

ni psp yang juga rosak sebab owner..bukak sendiri sampai patahkan connector..minggu ni je dua psp patah connector..aku dah naik pening tengok psp yang sakit sebab bukak sendiri..macam2 masalah yang timbul..


reballing video ic..sebab display jadi blank selepas beberapa saat..

yang ni best ! maybe ketatkan skru pakai spanar impact..hahahaa sampai tenggelam skru


no komen T.T aku tak tau ape masalah sampai perlu lapik masking tape kat analog..haha

broken connector 

masuk air..ade sikit kesan karat kat psp amir shah alam..



semua aku dah tolong servis..dah takde kesan karat lagi..
ok tutup cerita pasal repair.

aku minggu lepas semasa pergi ke shah alam,ade jumpa seorang customer..aku tengok pon macam budak tingkatan 2..abang dia suruh dia jumpa aku..atas urusan jual beli psp rosak..mula mula beliau bagitau yang psp tersebut rosak power port..agakan aku mesti la charging port..bukan semua orang orang tau istilah technician untuk sparepart..aku bersetuju untuk beli psp tu dengan harga rm200 kalau betul power port rosak..aku tak tau la sama ada aku ni cerewet atau jenis berhati2..budak tu kata tak boleh on,aku budget dia maybe maksudkan maybe tak boleh on sebab power board..masuk je batt pandora terus berkelip2 led hijau..

aku tengok kat sticker di battery bay dah koyak..tangan gatal nak try bukak psp tu..aku pon bukak tengok isi dalam psp tu..rupanya motherboard dah penah anta repair ke Lowyat..power ic dengan charging ic dah senget..aku tak sempat nak snap pic time tu sebab nak cepat..kemudian test lcd kat psp lain..memang sial,technician kedai tu dah swap lcd dengan lcd pecah..aku nasihatkan user2 semua hati2 dengan kedai..at least psp tu kalau lcd masih elok aku berani beli rm100..tapi dah jadi macam tu..bagi free pon aku taknak..sebab dah takde ape yang boleh pakai..dengan skru tak cukup..aku cuma kesian dengan budak tu..datang dengan naik KTM pastu ambik teksi..tapi balik tangan kosong..nak tolong pon payah..mula2 deal full set psp siap charger n bagi aku umd n kad,tapi masa jumpa bateri pon takde..kat situ dah menunjukkan ade style2 nak kencing..aku just senyap je n kata .'sorry dik,psp ni dah takde harga' .. tak sampai hati sebenarnya..tapi ape aku nak wat lg..bg dia rm200 untuk Mayat PSP...?
abaikan aje.....

ni lagi 1 cerita..tentang customer yang ayat poooooweeeerr doh..call aku untuk deal beli psp second hand..harga aku bukak rm550..tau ape dia cakap? 'mahal doh ko jual..abang aku keje kastam bole tolak rm200 je kat aku ..baik aku beli kat kedai'
aku pon berkata ' ape kate abang ko supply psp kat aku..rm400 aku bayar sebijik..ko ambik rm200 tu buat kumpul modal ko nak beli psp baru'.. alahai kimaknya ayat..nak tunjuk kerek depan aku..macam la aku ni bodo sangat,,hahaha maaf mencarut ! jangan gam mulut aku eh..ni just ekspresi dari hati aku yang suci murni ni je..aku peduli hape abang ko keje kastam ke,keje seludup psp ke..kalo dah rasa boleh dapat harga murah kat kedai cina,pegi je la..ni sebok nak buang kredit nak nganjing aku..hahahaaa..cakap banyak2 bayar kurang..kurang asam..hahaha..sory,hati panas bile teringat..aku marah bila org komplen harga,jangan call kalau dah tau harga tapi sebok nak tanya lagi..lagi 1 yang jenis bila dah bukak harga rn550,terus dia mintak rm400..aku mintak maaf banyak2..aku ambik untung sikit2 je..bukan sampai beratus2 untung..aku dapat paling banyak pun rm50..aku hanya mengharap pada kuantiti psp yang orang hantar repair..maybe ada yang rasa mahal,tapi semua boleh di runding..bagi yang pernah berurusan dengan aku tau la perangai aku..yang tak tau harga ni yang lebih2..pegi tanya kedai dulu sebelum komplen..kat Plaza Alam Sentral lcd psp 2000 rm280..aku ambik rm210 siap pos..tu mahal ke..? pergi tanya kedai psp ciken brick tukar motherboard berapa harga..confirm atas rm500..ade aku dengar rm700..aku bukak harga rm450 ke rm500 bergantung pada model dan version mobo..tu pon kata mahal lagi..mungkin rm12 baru dia rasa murah,haha..rm12 nak beli getah analog pon tak lepas..
adoi..bangkrap bisnes kalo ade 10 orang lagi perangai macam ni,mesti aku menoreh getah taun depan..hahaha
aku suka customer yang tak banyak tanya n bagi kepercayaan penuh untuk aku siapkan psp..memang ada yang lewat siap terutama motherboard brick,tu pon sebab stok cpu habis..aku minggu lepas berjaya recover psp 3000 brick..cara swap cpu..tapi payah nak dapat cpu 3000..maybe minggu depan kalau ade modal aku nak beli alat IRDA..untuk reballing ic..dah jumpa dah alat tu di Klang tapi tak cukup modal lagi..kalau dah ada alat tu senang sikit nak buat kerja..aku dah tak larat kerja 16jam sehari..rasa nak terkeluar mata tiap hari tengok ic..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
psp ni dah siap minggu lepas..tapi tak sempat nak update progress sebab laptop masalah..








okeh babai semua..selamat malam..nantikan update baru dari aku ye..


1 comment:

  1. set button tu ade kaler laen tak??ijau ke..ungu ke..oren ke??

    ReplyDelete