Thursday, January 20, 2011

a need for a change

selamat malam semua,,








ni ar hobi baru aku..belajar airbrush..da lama da beli tapi jarang ada peluang nak guna..sebab busy kerja..seronok belajar benda baru..ada masa baru buat..tu pon simple2 punya design..sebab masa takde ar nak wat sick2 punya design..time bosan2 takde keje bole ar mengadap bende ni..aku dapat harga rm710 kat Klang..full set dengan airpump n tank serta pen airbrush..maybe masa raya cina ni aku akan siapkan 1 atau 2 housing airbrush..takde masa sangat nak buat sekarang ni..plexi glass pon aku dah standby untuk sticker design n airbrush..so yang aku dapat janjikan selepas bulan 3 ialah more custom mods based on design..

pada isnin malam yang lalu aku terima panggilan dari didi yang ayah aku baru lepas operation..tulang belakang..sehari suntuk aku xboleh nak buat kerja,tak boleh nak tidor..shit,walaupun aku sakit hati dengan ayah aku tapi dia tetap ayah aku..tengah malam jam 11 aku gerak balik ke sabak bernam..tu pun selepas isteri aku dengan makcik aku pujuk aku suruh balik..kalo tak memang aku tak balik..rasanya la...
esok malam nya baru dapat jumpa ayah aku..tu pun jumpa kat luar..aku taknak masuk rumah lagi dah selepas kena halau hari tu..aku ingatkan akan jadi perang or tumbuk2..tapi semua orang buat macam takde ape2 berlaku..aku pun buat bodo jela..aku balik pun sebab kesian kan ayah aku..dulu sebelum ni masa aku kat sabak bernam dulu,aku yang jaga dia..selepas aku kena halau tah sape yang picit dia masa dia sakit,sape yang tolong dia uruskan hal2 remeh macam beli barang dapur or tolong mak aku jaga alif,marsya n risha..semua benda aku n isteri aku yang tolong uruskan..selama ni aku tak keluar kerja di tempat lain sebab aku kesian ayah aku..tapi lepas kena halau dari rumah aku cuba untuk cari kerja luar dari kawasan sabak bernam..memang susah hidup di tempat orang..malam pertama aku sampai pj je dah kena uji..tido kat caltex..disebabkan sejuk malam tu,sehingga sekarang aku selsema n demam..berat badan turun 3kg dalam masa sminggu,,hahaaa..tapi semua tu menjadikan aku bertambah kuat..paling tidak pun aku tak menyusahkan orang dan minta simpati atau pertolongan sesiapa..aku hanya cuba berdikari..cuba menjadi manusia,,walaupun tidak menjadi manusia berguna tapi masih manusia..






sekarang ni dunia psp dah semakin rancak..hampir setiap hari ada perubahan dari segi firmware..yang terbaru aku dapat 5.03 serta version2 atas sehingga 6.35 punya hack..paling aku suka Hen yang jenis Signed..tak perlu lagi loading picture untuk patch firmware..just sekali klik je ke Hen tersebut,tunggu 5 saat dah siap patch firmware tu..sesiapa yang rajin jumpa aku kat pj boleh la ambil firmware tu..tapi kalau nak jumpa siang mintak maaf la..busy sikit..malam jam 10 boleh la..tak guna desak aku jumpa siang..memang aku tak boleh jumpa..ada yang konon mendesak aku nak jumpa siang,tapi aku dah bagitau tak boleh..pon nak datang jugak..lepas tu bising tunggu aku sampai sejam..adeh aku da kate tak boleh jumpa,tu pun susah nak faham..aku ade tanggungjawab lain kat kedai..bukan setakat pikir psp je..sebab aku buat psp kerana minat n nak tolong orang..tak kaye pon aku buat psp ni..masih jugak macam tu je..



ni dia kedai Man Rock Gadget yang baru je dibuka dua minggu lepas..specialist dalam membaiki laptop,ps3 dan xbox..psp korang anta aku je eh,,hahaha..kedai beliau terletak di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam..dekat2 area KFC..



ni dia technician2 upahan Man Rock Gadget..hehe semua kepale best..bole mahsyuk..

sila hubungi Man Rock Gadget & Apparel di talian 0193366994
dijamin harga cincai..hehee jangan petik nama aku untuk diskaun ye..heheee
aku tak campur..hahahaaa

aku blah dulu ye..bye2 semua..lapar la pulak..


5 comments:

  1. salam bro, masalah baru menimpa.. aku punya memorycard 8gb xleh dibaca.. apa msalah die ek? virus? atau rosak? bila masuk memory stick orang lain ok je.. klau nak beli baru, ko ade supply x?

    ReplyDelete
  2. kad rosak..aku da takde stok kad dah..kena tunggu barang sampai

    ReplyDelete
  3. agak2 dengan skrin pecah n xde memorystick to let go, brapa aku boleh tolak PSP3000 ak ek.. info sikit.. nak let go.. banyak modal lah pakai PSP ni.. RM400 ok ke?

    ReplyDelete
  4. kalo tolak kat aku rm300 aje aku berani..hehe..kalo deal,call aku..mobo ko 6.20 kan

    ReplyDelete
  5. yup ko yang buatkan haritu 6.20.. rm300? ok nanti papehal ak roger ko.. thanks.. :)

    ReplyDelete

There was an error in this gadget